13 August 2008

Hari Kedua Aku Bekerja

salam salam
hari ni hari kedua aku sebagai salah seorang warga TATiUC...aku masih belum dapat menyesuaikan diri lagi kat sini sebenarnya...tak tau la nak cakap camner...mungkin sebab suasana kerja aku kat sini...aku telah di tempatkan di Jabatan Pusat Perkhidmatan Teknologi Maklumat atau pun PPTM...aku merupakan seorang penolong eksekutif di jabatan ni...percaya atau tidak aku adalah satu2nya bunga yang kembang di jabatan PPTM ni...yang lain semuanya kumbang yang berterbangan...bos aku lelaki...rakan sekerja aku merangkap juruteknik pun lelaki...menurut bos aku semalam akan ada lagi seorang yang akan mengisi kekosongan jawatan di jabatan PPTM ni...aku tak nak la berteka teki sama ada bakal rakan sekerja aku tu lelaki ke perempuan...mungkin dalam masa sebulan ni akan terisi la kekosongan tu...sekarang ni pun macam tengah ada interview untuk jawatan Pembantu Tadbir...tapi aku tak sure la betul ke tak...

berbalik kepada agenda utama yang ingin aku ceritakan...cewah!..hehehe...ok la...xtually aku tak tau lagi apa sebenarnya skop tugas yang akan diberikan kepada aku...masa aku baru mula2 lapor diri semalam pun bos aku suh jumpa ngan ketua Pusat Persediaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tugas2 sebenar aku kat TATiUC ni...aku dah call dah Puan Noraida tadi tapi dia bz...so dia kata dia akan call ofis aku petang2 sikit...dia perlu terangkan tugas2 aku kat sini...dia kata satu hari tak cukup nak terang...esok lak dia cuti...so...aku ngah tunggu dia call la ni...

erm...department aku ni cam tempat lepak kakitangan department lain pulak...port hisap rokok gak...tapi sejak aku datang ni rakan sekerja aku cam paham la kot aku ni alah sikit ngan asap rokok ni...

erm...that's for today kot...masa tak dak keje lagi ni leh la nak update blog...bila dah bz nnti tak tau blog aku ni bila nak update...ni pun aku baru je nak mengaktifkan blog aku ni...dari zaman belajar lagi dah wujud blog ni tapi baru nak aktif seaktifnya...

oh ye...lupa lak...rakan sekerja aku panggil aku nurul...special la sikit kot sebab tak pernah ada orang panggil aku camtu sebelum ni...


salam muhibah dari....
nurul

No comments: