09 December 2008

Hari Raya Korban 1

salam-salam
:boy6:
aku kembali lagi...hehehe...poyo yang teramat lak rasa...hehehe...hari ni aku nak bercerita mengenai hari raya korban yang telah di sambut semalam...pembetulan...hari raya korban yang aku sambut semalam...maaf ye sebab entry kali ni lambat sikit....ingat nak post semalam tapi semalam penat sangat la...malam baru sampai umah...aku ngan family beraya di kampung mak aku di Paka, Terengganu...memang setiap kali rayakorban kitorang akan beraya di sana sebab suasana di sana sangat2 la best...hehehe...bayak benda2 menarik yang berkalu tau...so...kat sini aku nak kongsi ngan korang la apa yang berlaku sepanjang hari semalam...hehehe...

ha...tu la dia lembu2 yang bakal dikorbankan...sebenarnya ada 3 ekor...seekor lagi menyorok di sebalik pokok2 yang ada di situ...takut la tu...hahahaha

ha...mangsa pertama yang bakal di sembelih...huhuhu...kaki diikat untuk menumbangkan lembu yang agak nakal tak nak menyerah kalah ni...

akhirnya tumbang jugak lembu pertama...lembu ni hanya mampu berserah dengan apa sahaja yang bakal berlaku ke atasnya...

tadbir bergema sebelum lembu tersebut dikorbankan oleh pakcik penyembelih yang sangat mahir dalam proses menyembelih manusia lembu ni...

Allahu Akbar...maka dengan ini tersembelih jugak la leher lembu ni mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh hukum Islam...

lepas selesai proses menyembelih...lembu ni di angkut ke bawah khemah yang telah disediakan lebih awal...takut hujan...nanti kalau hujan susah la nak melapah lembu...

ni lak proses melapah daging lembu...ni dah lembu ketiga...masa ni dah petang dah...so tak ramai orang sangat dah masa ni...

ni antara peristiwa lucu yang berlaku...satu keluarga yang agak lucu...hehehe...yang pakai baju putih tu isteri kepada pakcik yang berdiri tu...tengok tu...dah tua pun romantik lagi kan...si suami menyuap daging bakar ke si isteri sambil diperhatikan oleh anak sulung mereka yang pakai baju merah tu...gamat tol masa ni...sweet jer...

ni lak proses yang terakhir...proses membahagikan daging2 lembu kepada mereka yang sepatutnya...fuh!!! penat...
:boy14:

2 comments:

an.wardrobe said...

mak aii besar nyer lembu..
sekor lembu brapa ribuu myzah..?
sbahagian brapa kt sana?

♥♥ HaMiZaH ♥♥ said...

hehehe...sekor lam 2500 je...1 bahagian lak dalam 360 je...memang besar pun lembu2 tu