01 June 2009

Layan Kuiz & Persiapan Lagi

assalamualaikum...tadi layan facebook jap...saje je layan kuiz-kuiz yang ada...kuiz-kuiz yang ada sedikit merapu tapi kadang-kadang betulnya ada...tadi aku ada la main kuiz yang berkaitan dengan personaliti manusia...kuiz ni best jugak...ape kata kalau aku kongsi ngan korang semua hasil dari kuiz tadi...ada jugak kuiz-kuiz lain...ape kata kita layan....


Kuiz 1 : Tarikh Lahir Anda Dalam Hijrah

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 14 Muharram 1407 Hijrah iaitu jatuh pada hari Jumaat.

alhamdulillah...aku dilahirkan pada hari Jumaat...penghulu segala hari...14 Muharram 1407 Hijrah adalah bersamaan dengan 19 September 1986...tu kalau ikut kalendar Yahudi la...kalau tak silap aku la...aku memang dilahirkan hari jumaat...pada pukul 06.40 petang di Kg. MaK Pak Yok, Kg. Besut, Kemaman, Terengganu...sebenarnya aku tak tahu kat mana tempat ni...haha...memang lupa asal usul betul la aku ni...hampeh....lupa daratankah aku??? oh tidak!!!!

Maksud
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Sifat
Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya anda tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada pada anda. Di samping itu anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.

Sifat aku pulak akalu ikutkan kuiz ni memang ada betulnya...aku memang seorang yang pendiam...tapi akan menjadi sangat-sangat tak pendiam apabila berada dalam situasi dan keadaan yang tertentu...keadaan tersebut adalah apabila aku berada dikalangan mereka yang betul-betul kenal aku dan boleh terima perangat aku yang agak tidak rasional dan kadang-kadang tak berapa naka waras ni...hehe...adakah aku memiliki pemikiran yang sihat?? sebenarnya aku tak berapa pasti dengan situasi ni...takpe...nanti aku muhasabah diri...haha


Kuiz 2 : Apakah Warna Hari Lahir Anda

Warna Hari Lahir anda adalah Lime.

Sifat
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

sifat aku?? erm...kadang-kadang aku boleh jadi manusia yang paling tenang...tapi bergantung pada keadaan dan situasi jugak la...bila ada masalah tak kira kecik aku besar aku memang cepat rasa tertekan...kadang-kadang sampai kena migrain sebab tak tahan sangat...aku memang cerewet...benda kecik macam tarikh couple, tarikh mula-mula dating, macam-macam tarikh penting aku mesti ingat...benda kecik je tu kan?? kalau tak ingat pun takpe...hehe...tapi siapa yang kenal aku atau lebih tepat yang couple ngan aku dan bakal jadi suami aku kena ingat semua tu...penting tu...hehe...bab aku ada personaliti sendiri ni aku tak berapa setuju la...sebab aku tak rasa yang aku ni disukai ramai...oh ye!!! aku memang seorang kekasih yang sangat-sangat la kuat cemburu...yang tu memang aku tak boleh nak nafikan la...my bad!!
oh ye!! warna hari lahir aku sama dengan warna hari lahir bakal tunang aku...Lime...tak sangaka pulak sifat dia tu sama dan serupa dengan sifat aku ^___^

tu salah salah satu dua kuiz yang aku nak kongsi dengan korang semua...walaupun tak boleh nak percaya 100% tapi masih ada jugak betulnya...walaupun ada betulnya kita tak boleh la nak percaya sangat...kalau nak suka-suka tu boleh je...

kita tukar topik la pulak...kuiz dah habis...kita cakap pasal apa yang aku buat hari ni...ape aku buat hari ni ek?? hehe.. pagi tadi kerja aku duk survey harga kad kahwin dengan design kad kahwin...ada la beberapa laman web kad kahwin yang aku dah terjah ngan sekodeng...ada jugak berkenan dengan beberapa design yang ditawarkan...aku dah mintak sebut harga beberapa design kad kahwin...tapi masih tiada jawapan...maybe esok ada la...kad kahwin ni kena la buat awal...sebab aku mungkin akan berkahwin pada musim cuti sekolah...paham-paham sendiri la kalau cuti sekolah...ramai yang nak kahwin...so tempahan mungkin banyak...kad kahwin kena la buat 2 atau 3 bulan lebih awal...nanti nak pos ke kawan-kawan yang duk jauh lagi...makan masa jugak tu...tapi proses nak buat kad kahwin ni hanya boleh diteruskan bila dah tahu tarikh langsung majlis di kedua-dua belah pihak la...sekarang ni tarikh masih belum konfem...yang konfem hujung tahun ni....

cerita pasal nak betunang pulak...ada lagi baki 3 hari!!! barang-barangs emua dah beli...cuma belum lengkap lagi...tema aku merah putih...hehe...cantik tau bila warna garang dan lembut disatukan...tema bakal tunang aku pulak biru...korang perasan sesuatu yang pelik tak?? aku baru perasan bila semua dah siap...sepatutnya tema warna kami bertukar...takkan lelaki nak dapat barang hantaran warna merah pulak...merah kan sinonim dengan perempuan...aku pulak dapat barang hantaran warna biru...biru sinonim dengan lelaki...hehe...bila mak aku yang tegur abru aku perasan...sepatutnya tema warna kami kena tukar la...tapi takpe la...benda tu tak penting pun...yang penting majlis berjalan dengan lancar...walaupun majlis ni sederhana sahaja tapi aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar....amin...


nota kaki bucuk : tak sabarnya la nak pakai cincin baru ^__^
adik nurul ini kangen sama kamu mas mije



6 comments:

KDEE said...

hehehe.mizah cuak x?

♥♥ Miss NuHa ♥♥ said...

KDEE : tak cuak sangat pun sebenarnya kdee...tapi ngah pikir ni camne la nak tebalkan muka hari tunang nanti...maklum le semua mata tumpu kat kita sorang masa tu...debor2...

Afiq Danial said...

best nyer dapat tunang..huhuhu..
ada tak sape2 nak tunang dengan saya?

fezaL Mohd said...

wahhh nk berkahwin dh..

tatiuc blog said...

yeah..btul tu...nasi minyak jgn lupa bg kad....digital format xpe dah

♥♥ Miss NuHa ♥♥ said...

AFIQ DANIAL : huhu...best tu memang best tapi dugaan banyak la...huuh...takut hati ngan diri kuat...tapi mintak2 tak la...erk!!! ada ke tanya camtu...siannya...ada ke sape2 nak tunang ngan saudara afiq ni...cepat isi borang...

FEZAL MOHD : baru nak bertunang la...kawen blom lagi la :-P

TATiUC BLOG : insyaAllah...bakal menjemput anda di hari langsung nanti...jemput datang ye...masa tunang nanti pun datang la kalau ada kat kemaman...