20 June 2009

Wedding : Preparation Part 1

assalamualaikum...
persiapan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung November nanti dah bermula dah...2 hari lepas aku dah bincang dengan mak aku barang apa yang perlu di beli...setelah senarai semak dibuat kami membuat keputusan untuk mula mencari barang-barang yang diperlukan...petang sabtu yakni baru jap tadi aku dan mak aku ke kedai yang menjual barang-barang kawen...actually kat tempat aku ni tak banyak sangat kedai yang jual barang-barang kawen...tak macam kat KL atau mana-mana tempat lain...tapi aku dengan mak aku ada tempat kesukaan kami...maksudnya...barang-barang kawen yang dijual di 2 buah kedai pilihan kami ni menjual pelbagai jenis barang kawen (maksudnya banyak pilihan la) dan harga yang agak berpatutan...

kedai pertama yang kami terjah adalah Era Nona Pengantin...

ini adalah sedikit daripada barang-barang kawen yang terdapat di Era Nona Pengantin...

sebahagian kecil daripada barang yang diperlukan telah dipilih dan dibeli...masa untuk membayar la pulak...lepas tu aku dan mak aku ke kedai kesukaan kami yang lain pulak...

aku dan mak aku seterusnya ke You Mei Enterprise...

sama jugak la kat sini...banyak pilihan...

ape lagi...dah habis pilih bayar la ^___^

hehe...persiapan tahap pertama dah setel...seterusnya...dalam proses...harap-harap semuanya bakal berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan...
aminn
^____^



1 comment:

RiEz said...

huhu seronok kan wat persediaan nak kawen...kiter belom lagi...nak setelkan persediaan tunang dulu ni pon sempat ase nak perang ngan org tu..haih...cabaran sungguhkan..