30 January 2010

Tekanan

...assalamualaikum...

hidup kita sebagai manusia di muka bumi Allah ni tak sentiasa lengkap dan indah...hidup kita kadang-kadang sentiasa disulami dengan tekanan demi tekanan...seperti saya sendiri...tekanan demi tekanan...silih berganti dan datang tanpa diundang...tekanan yang melanda seakan sukar untuk dibendung...tetapi terpaksa dikawal walaupun memakan diri dan jiwa sendiri...

jadi...apakah cara yang terbaik untuk menangani tekanan?
1. Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.. [saya jenis yang sangat sukar untuk menguntumkan senyuman ketika menghadapi tekanan...apabila saya berhadapan dengan tekanan, air mata saya mengalir keluar...tetapi hanya apabila berseorangan...kadang-kadang kalau tak tertahan air mata saya mungkin gugur di hadapan teman-teman]

2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. [saya tidak suka menceritakan masalah yang menyebabkan berlakunya tekanan kepada sesiapa even hubby saya sendiri...rasa berat mulut nak berkongsi...saya tak nak dia terlalu risau dan saya sendiri bertambah serabut kepala...jalan penyelesaian mudah adalah dengan menyendiri]

3. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. [saya mudah membuat keputusan dan mengeluarkan kata-kata bersandarkan kepada emosi semata-mata]

4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea. [saya memang akan cuba mengelakkan diri dari bertemu mata dan berbicara dengan orang yang menimbulkan tekanan dalam hidup saya...termasuklah bos saya]

5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan. [saya bukan jenis pemaaf...saya jenis manusia pendendam...saya akan cuba untuk jadi seorang yang pemaaf]

6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda. [sebelum bersuami saya akan melegakan fikiran saya dengan memeluk anak patung kura-kura saya tapi sekarang saya lebih senang memeluk suami saya kerana dengan melakukan sedemikian saya berasa tenang]

7. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam)[hanya mandian saya menggunakan haruman sebegini]

8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini. [alhamdulillah kasih sayang dari keluarga dan suami]


Kredit : http://pakarhowto.com/


1 comment:

Reen said...

tertarik ngan artikel neh..:P

emm tp kadang2 kite sndiri tatau cmane nk bitau kt org yg bkenaan ape yg wat kite runsing sgt2.. xkot kalau2 ape yg kite ckp neh akan mburukkn lg keadaan.. haihh