17 February 2010

Detik-Detik Itu

...assalamualaikum...

tiba-tiba hari ni rasa gatal tangan nak menaip cerita pasal saya dan hubby saya...macam mana kitorang berkenalan, bertunang dan seterusnya bernikah...kadang-kadang bila fikir balik rasa macam tak percaya je...selalu tersenyun sorang-sorang bila diingatkan balik...

April 2009

Mula-mula kami berkenalan secara rasmi...masa tu kiranya saya memang tengah solo after 2 month kena dump dengan kekasih lama...haha...mencik bila ingat part kena dump tu...masa tu kiranya perasaan dan hati belum stabil...masa tu jugak saya jadi emo sangat-sangat...selalu nangis sorang-sorang...selalu buat benda yang sangat-sangat la tak patut dibuat...tapi tiba-tiba satu hari datang la si 'Dia' ke pejabat...actually masa tu kitorang still kerja tempat sama...tapi yang beza masa tu saya dah hantar surat resign disebabkan oleh tekanan yang memang la banyak masa tu...kitorang kenal disebabkan oleh rakan sepejabat saya...thanks SYED sebab hubungkan kami...masa mula-mula kenal tu 'Dia' SMS saya...saya layan je...esoknya terus kuar makan sama-sama...sebelum ni saya memang takkan keluar makan kalau ada siapa-siapa dari tempat kerja saya ajak...i prefer to eat at my office that time...lepas kenal dalam 3 @ 4 hari dia datang rumah jumpa mak ayah saya...masa tu saya memang kagun dengan keberanian saya sebab sebelum ni kawan-kawan lelaki saya memang tak berani datang jumpa dengan family saya...beberapa hari selepas itu...kami merancang untuk bertunang...kalau tak silap masa tu kitorang baru seminggu lebih serius berkawan...declare pun tak rasanya masa tu...one day 'Dia' bawak saya pergi Besut jumpa family dia...yang pelik family saya benarkan saya ikut dia pergi sana...sebelum ni family saya memang takkan benarkan saya ke mana-mana dengan kawan lelaki saya...masa tu saya dah boleh nampak yang antara kami ada sesuatu yang bakal terjadi...

Mei 2009

Pada tanggal 12 Mei 2009 family 'Dia' datang ke rumah saya...2 keluarga bertemu mata masa tu...proses risik merisik berlaku...akhirnya tarikh untuk kami ditunangkan ditetapkan pada malam tersebut...kedua-dua keluarga bersetuju...bulan Mei 2009 kami mula sibuk melakukan persiapan untuk majlis pertunangan kami...

Jun 2009

Pada Tanggal 6 Jun 2009, kami ditunangkan...

Pada tarikh tersebut jugak tarikh untuk kami diijbkabulkan telah ditetapkan...

November 2009

Pada tanggal 22 November 2009 akhirnya kami dinikahkan pada jam 1100 pagi...

Pada sebelah petangnya pula kami disandingkan (tak sanding pun sebenarnya)...

sejak itu bermulalah kehidupan baru kami sebagai sepasang suami isteri...

Januari 2010

Kami dikejutkan dengan berita gembira ini

Doakan perjalanan hidup kami sekeluarga berjalan dengan lancar dan indah sentiasa


1 comment:

Mohd Razzid said...

Semoga bahagia hendaknya...