08 July 2010

Apakah Bengkung Pilihan Anda

...assalamualaikum...

apakah bengkung pilihan anda selepas bersalin? saya ada jugak survey pasal bengkung ni...ingatkan ada sejenis je bengkun...bila dah surfing baru tahu rupa-rupanya ada banyak jenis bengkung...kenapa perlu memakai bengkung selepas bersalin?

Bengkung - Untuk ramping selepas bersalin.

Selepas melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.Rawatan membantu wanita mengembalikan kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut berubah bentuk dan wanita mengalami pertambahan berat badan.Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.Uniknya bahan-bahan yang digunakan untuk membantu perawatan diperbuat daripada tumbuhan semula jadi termasuk rempah ratus yang dikenali untuk memanaskan tubuh dan melancarkan peredaran darah.Bahan-bahan semula jadi tidak mempunyai kesan sampingan yang membahaya sebaliknya membantu menghaluskan kulit dan mengembalikan semula keanjalannya.Bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber.Tubuh perlu diurut untuk melancarkan peredaran darah untuk membuang toksid dan kekotoran serta disapu dengan ramuan herba termasuk param dan pilis bagi tujuan membuang angin yang terkumpul di dalam tubuh.Selepas sapuan, tubuh akan dibalut barut dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang.

Kelebihan memakai bengkung tradisional:

* Meramping dan mengempiskan perut
* Membentuk potongan badan dan punggung
* Menghalang perut masuk angin semasa berpantang
* Mengelakkan perut menggeleber
* Menghalang peranakan turun dari tempat asal.

Jenis bengkung

* Bengkung Roda @ Zigzag
  • Ia diperbuat daripada 2 jenis kain, iaitu belacu krim dan kain berwarna gelap di bahagian hadapan. Kain yang berwarna gelap dapat mengelak bengkung daripada kelihatan kotor akibat penggunaan minyak/krim dibahagian depan bengkung
  • Mempunyai reka bentuk yang kecil di pinggang dan besar di punggung agar mengikut bentuk badan dan tidak longgar di bahagian pinggang kerana mengikut saiz punggung yang lebih besar.
  • Diameter bengkung dari bawah dada ke bawah pinggul supaya sentiasa kejab, kemas dan tidak mudah terselak/terangkat, di samping menghadkan pergerakan semasa berpantang
  • Mempunyai 4 saiz S, M, L dan XL
  • Labuh 45 cm dan 55 cm
  • Mempunyai jenis tebal dan nipis mengikut citarasa anda.
  • Mudahkan memakainya sendiri tanpa bantuan
* Bengkung Tali
  • Diperbuat dari kain belacu krim
  • Mempunyai reka bentuk yang kecil di pinggang dan besar di punggung agar mengikut bentuk badan dan tidak longgar di bahagian pinggang kerana mengikut saiz punggung yang lebih besar.
  • Diameter bengkung dari bawah dada ke bawah pinggul supaya sentiasa kejab, kemas dan tidak mudah terselak/terangkat, di samping menghadkan pergerakan semasa berpantang
  • Mempunyai 2 saiz M dan L
  • Labuh 45 cm dan 55 cm





* Bengkung Lilit
  • Diperbuat dari kain belacu krim
  • Panjang 12 m dan lebar 30 cm
  • Boleh diubah mengikut badan dan boleh diliit hingga ke kaki


1 comment:

armouris said...

lagi info tentang bengkung di SIHAT SELALU - FAQ Tentang Bengkung