15 August 2010

Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta [UPDATE]


...assalamualaikum...

setelah sekian lama akhirnya blog yang selama ini dibiarkan sunyi kembali dengan nukilan yang tak seberapa...

tanggal 08.08.2010 arwah ayahanda tersayang telah pergi meninggalkan kami sekeluarha buat selama-lamanya...tepat jam 04.50 petang ayahanda telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan selamat dikebumikan pada jam 1030 malam hari yang sama...

ayahanda tersayang pergi meninggalkan kami sekeluarga dalam tempoh yang amat singkat setelah menderita hampir 5 tahun...ayahanda menghidap penyakit Advance Spinal Cord (Kanser Saraf Tunjang)...pada saat-saat akhir ayahanda didapati menghidap penyakit Kanser Tulang...

saya sempat bersama-sama dengan ayahanda di saat-saat terakhirnya di dunia ni...2 minggu sebelum ayahanda meninggal ayahanda masih lagi terlantar di rumah...tapi keadaan ayahanda masa tu dah teruk....badannya sangat kurus dan tidak bermaya...percakapannya sudah tidak dapat difahami...ayahanda dimasukkan ke hospital pada 07.08.2010 yakni sehari sebelum ayahanda meninggalkan kami...sebelum tu mak dah call cakap ayahanda nak sangat pergi hospital walhal sebelum ni hospital adalah tempat yang paling ayahanda tak nak pergi....

kehendak ayahanda diturutkan...ambulans datang ke rumah untuk mengambil ayahanda...ayahanda di masukkan ke Unit Rawatan Kecemasan...pada waktu tersebut mak tak ikut sama...tinggalkan saya dan suami menemani ayahanda di sana...mak menyusul kemudian...ayahanda dimasukkan ke wad pada jam 0430 petang...tinggallah ayahanda dan mak di sana...sebelum itu ayahanda sempat berpesan supaya saya tinggal di rumah mak dan jaga adik-adik...

keesokkan hari saya bekerja seperti biasa...

[UPDATE]

masa saya pergi kerja pagi tu saya memang rasa tak sedap hati...lepas hantar adik-adik pergi sekolah pagi tu saya dan suami lepak sekejap kat rumah...hati tergerak nak call mak sebab nak tahu perkembangan ayah...tapi masa call tu mak baru nak tido so tak nak kacau...tak lama kemudian mak call cakap keadaan ayahanda dah bertambah teruk...mak pun mengadu tak boleh nak call adik yang sekarang ada di UM...abang pun dah call banyak kali tapi tak dapat...mak dah tak tahu macam mana nak berhubung dengan adik saya yang seorang tu...adik saya yang seorang tu sangat rapat dengan ayahanda saya...dialah anak yang paling manja dengan arwah...

masa tu memang hati rasa resah ngan susah hati sebab suara mak memang lain...mula-mula ingat nak tunggu habis kerja baru tengok ayahanda di hospital tapi rasa tak sedap hati...terus amik emergency leave...ajak hubby terus ke hospital tengahari tu...tapi sebelum tu singgah umah adik arwah dulu...ambik adik arwah sebab dia tak ada kenderaan nak ke hospital...bila sampai kat wad terkejut sangat sebab tgk ramai dah yang kerumun katil ayahanda...masa tu ayahanda masih lagi boleh mendengar dan memahami perkara yang berlaku disekelilingnya...

masa tu ayahanda dah bernafas guna alat bantuan pernafasan...jantungnya di monitor menggunakan mesin...masa tu saya tengok bacaan yang dipaparkan sangat rendah...tak sampai separuh dengan kadar denyutan jantung orang normal macam kita...masa tu memang tak tertahan-tahan air mata bercucuran...tak sangka keadaan ayahanda seteruk itu...saya, abang (sampai tak lama kemudian), adik-adik setia menunggu ayahanda sehinggalah kami dihalau oleh pengawal yang berjaga...berat hati nak tinggalkan ayah dan mak masa tu...

kami adik-beradik balik berehat di rumah mak...sampai la waktu melawat sesi petang muncul lagi...kami bersiap-siap ke hospital lagi...tapi sesampainya saya dan suami di hospital saya dikejutkan dengan khabar bahawa ayahanda tercinta telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...masa tu saya rasa bagaikan tidak percaya dan diri seakan-akan kapas...terbang dibawa angin...saya tidak percaya dengan khabar tersebut...saya meluru naik ke wad dan ternampak mak saya teresak-esak...masa tu baru saya sedar bahawa berita yang menjengah telinga saya sebentar tadi adalah benar...masa tu hati saya bagaikan batu...tatkala melihat mak teresak-esak air mata saya bagaikan kering kontang...

saya cuba masuk untuk melihat ayah tapi tidak dibenarkan...sehinggalah jenazah ayah selamat dikafankan baru lah berpeluang memandang wajah ayahanda...masa tu mak saya telah dibawa pulang ke rumah oleh saudara mara...saat melihat ayahanda saya air mata saya bagai tak dapat ditahan...saya ditenangkan oleh suami...adik saya yang belajar di UM tidak sempat berjumpa dengan arwah sepanjang hayatnya masih ada...adik hanya sempat melihat sekujur badan yang kaku di atas katil...

takdir telah menentukan segala-galanya...ayahanda telah menderita lama...5 tahun ayahanda terseksa...al-fatihah buat ayahanda tersayang...anak-anakmu akan sentiasa mengingatimu dan menyayangimu sehingga nyawa kami pula dicabut...ayahanda jangan risau...kami adik-beradik akan menjaga mak...

siti sayang ayah!!!!

3 comments:

Nik Nurehan said...

tahziah an ucapkan pd myzah skeluarga. saba ek myzah! Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

mama_mia4040 said...

salam takziah buat mizah sekeluarga, moga tabah dan tenang menghadapi ujianNYA

~mrs.amy ~ said...

takziah...smoga rohnye ditempatkan di sisi org2 yg b'iman..amin