05 September 2010

Syawal Bakal Tiba

...assalamualaikum...

raya tinggal tak berapa hari je lagi...pejam celik pejam celik dah hampir genap sebulan kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan...Ramadhan tahun ni merupakan Ramadhan pertama saya sebagai seorang isteri...Syawal juga merupakan Syawal pertama kami sebagai suami isteri...selama hampir setahun kami menjalani hidup berdua...banyak dugaan dan ranjau yang perlu kami tempuh....diharapkan dengan kehadiran permata hati Dallili dapat menjadikan kami lebih baik daripada hari ini dan pada masa akan datang...

raya ni saya tak sempat nak pergi shopping gara-gara saya kena berpantang di rumah ibu saya...huhu...baju raya tak ada...kasut raya pun tak ada...nasib baik kuih raya ada...hehe...tu pun sebab mak yang tolong belikan...kena ada jugak kuih raya simpan kat rumah...nanti kalau ada orang datang beraya kat rumah ke datang nak tengok Dallili ke tak la meraba cari makanan nak dihidangkan kan...sekurang-kurangnya ada jugak sesuatu untuk dikunyah...target seterusnya nak beli kacang dan kerepek...kuih raya semata-mata macam tak menarik....

tengok harga-harga kuih tu semua...murah je...paling mahal RM 11.00 je sebekas...kalau kat lain mesti RM 15.00 - RM 25.00 kan?


No comments: