04 May 2011

10 Things : About Me


10 THINGS ABOUT ME

LET THE GAMES BEGIN!!


1. DAH KAWIN DAH : Yang ni memang semua orang tahu la kan…I’m married to my hubby for about 1 and ½ year ..kalau tak mana nak dapat BB Lili yang berumur 8 bulan kan…ehehehe…



2.ADA ANAK SATU : Yang ni rahmat Allah kepada hambanya…rezeki dapat baby awal…nama diber Nur Dami Dallili….currently dah 8 bulan…sangat suka memanjat dan menyebut APAPAPAPAPA



3.DAH UMUR 25 TAHUN : Terasa tua pulak la aku ni kan…dah la dah kawin…anak dah ada sorang…GEMOK lak tu…hurm


4.TAKUT KUCING! : Ni tak tahu la mana dating penyakit ni…dari dulu sampai sekarang memang takut dengan kucing…padahal bukan kucing tu besar sangat pun…kalau pi kedai makan mesti ada kucing yang menyendel-nyendel di kaki…mula la jantung berdegup kencang…badan keras macam batu…hehe


5.TAK SUKA MEKAP : Tak pandai sebenarnya…suka tu suka tapi tak pandai nak bermekap ni..tu yang muka berminyak sokmo tu…dah la tu pucat je memanjang…tak reti la aku nak wat guane


6.ADIK BERADIK RAMAI KOT : Ada 6 orang semuanya…kira ramai la tu kan…adik beradik cukup 3 pasang…3 lelaki dan 3 perempuan…aku anak nombor 2…kira kakak yang sulung…adik 2 lelaki 2 perempuan dan ada seorang abang…



7. ANAK YATIM : Ayah dah lama meninggal…dah 8 bulan jugak…tak sempat tengok cucu pertama dia…meninggal 10 hari sebelum aku bersalin…ajal di tangan tuhan…Al-Fatihah…


8. GARANG RASANYA : ni tak tahu la nak kata betul ke tak…mungkin perkataan yang lebih sesuai adalah MOODY…aku ni jenis kalau aku kata nak mesti kena dapat hari tu jugak…kalau tak mula la tarik muka panjang…pastu aku ni jenis cepat marah orang kalau aku rasa benda tu tak kena di mata aku…


9. KELAKAR : Yeke? Heee…maybe kot…kadang-aku aku suka jugak meloyar buruk dengan member-member..kadang-kadang kot


10.SOMBONG : Kalau tak kenal aku memang kena cop sombong sebab aku jenis susah nak senyum dengan orang yang aku tak berapa nak rapat atau kenal…muka jenis susah nak senyum…hehe…aku susah nak ‘masuk’ dengan orang baru…sebab tu aku susah sikit nak tukar kerja kot…



No comments: