14 December 2011

Resepi #3 : Famos Amos

assalamualaikum

tengok tajuk je pun dah rasa macam nak melompat! siapa yang suka makan biskut Famos Amos sila angkat tangan laju-laju...hehehe...my feberet cookies ni...sedap hingga menjilat plastik...LOL <3 rasa cookies ni memang sedang sangat-sangat la...dengan kerangupan dan coklat cip yang banyak...pergh! memang menusuk kalbu...bikin aku tak tidur malam...hehe...walaupun harga AGAK mahal tapi sebab dah teruja dengan kerangupan dan kesedapan cookies ni memang tak hiraukan la...kenapa tiba-tiba nak talking-talking pasal cookis Famos Amos ni...actually tadi masa tengah online facebook terpandang la ada sorang member duk post pasal resepi cookies ni...apa lagi...keterujaan bertambah la!

nak resepi? meh nak tepek~
Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam


Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


nampak macam senang je kan...haha...ye la tu...entah-entah sekali buat tak jadi...tak ke naya~ takpe...lepas pindah rumah nak try la...oven dah ada...



No comments: