08 January 2012

Ceritera 2012


tahun 2012 dah lama dah masuk tapi baru hari ni tergerak hati nak melahirkan entri sempena dengan tahun baru...tahun 2012 muncul dengan suka dan duka...banyak sangat ceritera dalam tahun 2012 ni..tapi tak guna aku menzahirkan semuanya di sini...soal hati biarlah rahsia...rupa-rupanya dah lebih 3 tahun aku dalam dunia blogger ni...aku bermula dari 4 August 2008...masa ni aku adalah penuntut tahun akhir di UKM...banyak kisah gembira yang aku catatkan masa tu...masa tu dunia aku sangat gembira dan susah nak aku lupa sampai la sekarang...kisah gembira tu masih kemas aku simpan dalam hati dan fikiran...

follower memang tak ramai....visitor pun tak ramai...tapi aku selesa begitu kerana tujuan aku berblogging bukanlah untuk mencari follower atau berlumba-lumba nak menaikkan traffic blog yang tak seberapa ni...tujuannya hanyalah untuk meluahkan rasa suka dan duka...di sini aku bebas bersuara walaupun ada masanya pergelutan berlaku apabila ada sesetengah manusia yang terasa pedasnya...kadang-kadang blogging boleh mencetuskan pergaduhan dan sengketa...tak paham aku...bodoh tapi perkara itu benar berlaku...

kadang-kadang kita akan bercerita secara umum tanpa menuju kepada mana-mana individu...tapi ada juga yang terasa...kita memang tak boleh nak elak semua tu sebab tu hak masing-masing...kalau tak suka dengan cara penulisan aku senang je...klik je 'PANGKAH' kat atas tu...dan jangan datang membaca di sini~

hidup di tahun baru....harapnya semuanya akan bertambah baik dan menggembirakan aku...harapnya hati aku akan kekal tabah...harapnya kisah hati yang menjadi rahsia aku sendiri ini dapat aku lupakan selama-lamanya...mampu ke aku buat begitu? hanya masa yang dapat menentukan segala-galanya...harap aku cekal...harap aku lebih tabah dan kuat...harap aku dapat melupakan semuanya yang mana aku tahu mungkin mustahil aku lupakan semuanya...


No comments: