31 January 2012

Keselamatan Bermula Dari Rumah

Assalamualaikum
Dari pagi sebenarnya nak update entry kat blog ni tapi baru sekarang dapat update....fuh! punyala banyak kerja nak kena siapkan dulu…biasala kalau hujung bulan camni…kena setelkan claim…macam-macam claim nak kena setelkan…claim travel bos-bos…engineer semua…tambah lagi dengan claim overtime budak-budak ni ha…nak kena suruh diorang buat la before masuk bulan baru…senang la sikit kalau push diorang siapkan cepat…tak la nanti aku ni nak kena rush nak cek balik OT claim diorang semua tu…ni semua gara-gara HR nak pergi Thailand…hehehe…happy for you la…jangan lupa buah tanganku dari sana! Hehe..

Nak cerita pasal safety…actually dapat idea nak buat entry pasal safety ni dari awal pagi tadi la…sebab everyday…aku kena hadap briefing pagi…kat sini panggil Tool Box meeting…hari ni ada la cakap-cakap pasal  ‘SAFETY BEGINS AT HOME’  …not only at workplace…bila di fikir betul jugak kan…kena start dari rumah la…tak paham? Ok meh nak bagi contoh sedas dua…

Contoh Pertama :
Kalau kat rumah, sesiapa yang ada baby yang baru nak belajar berjalan atau merangkak kena la sentiasa fikirkan pasal keselamatan baby tu kan. Kalau kat rumah ada baby usia camtu jangan sesekali biarkan air bertakung dalam tandas…kita biasa tengok kalau kat sesetengah rumah tu ada yang suka simpan air dalam kolah ngan baldi atau besen. Actually, keadaan ni sangat la bahaya untuk mereka yang ada baby kecik.. dibuatnya baby tu merangkak masuk dalam tandas time kita tengah masak ke tertidur ke tak ke naya dan bahaya! Baby kalau jumpa air memang diorang seronok sangat…even my baby pun pantang jumpa air…suka sangat membasahkan diri dan bermain air di tandas..

Contoh Kedua :
Rumah yang ada sekarang kebanyakkanya ada plug kan? Hehe…semua rumah ada plug la…rumah design baru mesti posisi plug dia ada di area bawah dinding tak macam rumah design lama…so korang kena make sure la anak korang tak masukkan sebarang objek ke dalam lubang plug tu…kalau kena kejutan elektrik tak ke menangis tak sudah…so korang boleh la letak apa-apa kat depan plug tu untuk menghalang sebarang aktiviti vandalisme dari anak korang tu...hehe...

So…itu la 2 contoh mudah yang aku boleh bagi…memang betul sedas dua tu..bagi aku…keselamatan dalam rumah ni kita mak bapak kena la take note dan alert….kalau ada benda-benda yang kecil atas lantai tu cepat-cepat la alihkan atau simpan di tempat yang sepatutnya…kadang-kadang berlaku juga si ibu tertinggal pisau di atas lantai di dapur sebab lepas kopek buah atau siang ikan pisau lupa nak ambik simpan sekali…yang ni kadang-kadang aku sendiri pun pernah alami...so kena elakkan la benda ni semua sebab bahaya sangat-sangat…malang tak berbau kata orang dulu-dulu.....bukan saya kata ye...orang dulu-dulu yang kata...

So…sama-sama la kita amalkan dan terapkan nilai ‘SAFETY BEGINS AT HOME’ ni sama-sama untuk kesejahteraan keluarga...tak rugi apa-apa pun sebenarnya...



No comments: