26 February 2012

Cara Membersihkan & Menghilangkan Bau Busuk Microwave

Microwave merupakan salah satu keperluan bagi setiap suri rumahtangga mahupun bagi mereka yang bekerja...macam aku ni memang sangat membutuhkan (memerlukan) microwave untuk menyenangkan aku memasak di samping sangat la menjimatkan masa andainya mood malas memasak tu datang...fuh! senafas punya ayat...haha! tapi yang menjadi persoalan dan agak memeningkan kepala aku adalah macam mana nak menghilangkan bau busuk dan seterusnya membersihkan ruang dalam microwave tu...dah jadi kewajiban la tiap kali microwave digunakan akan ada percikan-percikan bahan makanan di serata dinding microwave...biasanya lepas guna aku akan biarkan pintu microwave tu terbuka dalam 15 minit sebelum menutupnya kembali...konon nak bagi bau busuk tu hilang TAPI! tak jugak hilang-hilang kan? so camne cara nak bersihkan dan hilangkan bau busuk tu?

APA YANG PERLU ANDA SEDIAKAN?
* Lemon/ limau
* Tisu / Kain Bersih

CARA-CARA
Hiris limau atau lemon kepada beberapa hisrisan dan masukkan ke dalam semangkuk air. Mangkuk air tadi masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan selama 30 minit. Pastikan mangkuk yang digunakan tahan panas dan memang untuk kegunaan microwave. Lepas 30 minit lapkan kawasan dalam microwave dengan kain bersih atau dengan tisu. Anda pasti akan mendapati bau busuk microwave tadi telah hilang dan digantikan dengan bau yang menyenangkan. Kalu tak ada lemon boleh gantikan dengan limau nipis. CUBALAH~


NotaKaki : microwave aku dah bersih & wangi!~

No comments: