18 March 2012

Puding Karamel

salam ahad semuanya...harap tak ada la yang bosan dengan entri yang bakal aku buat ni ye...hari ni aku tak pergi kerja...aku ambik EL (emergency leave) disebabkan anak data kesayangan aku demam...orang tua panggil panas dalam badan...anak aku kalau hidung dah berhingus mula la badan tu panas dalam...sampaikan hingus naik ke mata...bak kata Doc di Klinik Erlina, Kemaman la...hehe...kalau hantar taska memang sah-sah cikgu taska call suruh ambik sebab takut berjangkit ngan baby ngan budak lain...depa duk kata Lili sakit mata..haha..so ibu pun dengan rela hati cuti hari ni...

sambil-sambil duk jaga semek Lili tu kat rumah datang la idea nak buat puding karamel...duk cek bahan-bahan nasib baik cukup dan lengkap...so apa lagi....projek jalan la~


bahan-bahannya senang aje..di bawah adalah antara bahan yang aku guna...
  1. 7 biji telur
  2. setin susu cair (patutnya guna setengah je sebab dah jadi manis sangat dah)
  3. 3 sudu besar gula perang
  4. 1 cawan air
  5. 1 sudu kecik esen vanilla
  6. 1 sudu kecil tepung kastad
cara nak buat pun sebenarnya senang je...kat bawah ni cara aku...
  1. panaskan gula perang dalam loyang sampai cair...pastu kalau dah nampak cair dan kekuningan tu tambah la sedikit air dan biarkan dalam loyang tadi...tambah sikit je air dalam 2 sudu makan je...jangan pi tambah secawan lak...
  2. ok...sementara menunggu gula yang dikaramelkan tadi keras dlam loyang aku pukul telur....pukul sampai kuning ngan putihnya betul-betul sebati...lepas tu tambah la esen vanilla dengan tepung kastad tadi..adun sampai sebati..  jangan lupa masukkan sekali secawan air ye...
  3. lepas tu adunan telur, esen vanilla ngan tepung kastad tadi di masukkan ke dalam loyang yang berisi gula karamel yang dah keras tu...
  4. lepas tu bakar la dalam oven yang bersuhu 170c selama 45 minit- 55 minit...lepas tu siap leh makan...hahahaha...letak dalam peti ais baru best!





don't forget to stop at BABY LILI DESIGN...

No comments: