07 August 2012

Resepi #5 : Simple Homemade Pizza

Photobucket
last weekend teringin sangat makan Pizza tapi malas nak pi bandar beli...so i've decide to make it on my own...handmade gitu...plannya nak buat hari Jumaat tapi tepung lak tak cukup...so hari Sabru yang lalu terhasil la Pizzaku yang sodap!!~ Habis ke aku sorang je...hehe...en.suami not a big fan of pizza...budu ngan singgang je dia...hehehe~

.......................................................................
B A H A N - B A H A N ( R O T I )
2 cawan tepung
1 cawan air suam
1/2 tbs serbuk yis
1 sudu makan gula
sedikin garam

B A H A N - B A H A N ( S O S )
4 biji buah tomato
1 sudu lada kisar
ayam (suka hati nak letak banyak mana)
sedikit garam
sos tomato

B A H A N - B A H A N ( T O P P I N G )
sosej
cendawan butang
lada benggala
keju cheddar (jenis lain pun boleh)

.......................................................................
C A R A -  C A R A ( R O T I )
--> campurkan serbuk yis, gula dan sedikit garam ke dalam air suam. 
--> Kacau sehingga sekata
--> biarkan selama 5-7 minit sehingga keluar buih macam susu masam
--> sementara itu, gaul gandum dengan sedikit garam
  -->  setelah campuran serbuk yis, gula dan garam tadi telah tersedia, adunkan bersama tepung
--> rehatkan tepung selama 1 hingga 1 1/2 jam. Biar sampai kembang adunan

C A R A -  C A R A ( S O S)
--> kisar buah tomato menjadi puri
--> tumis lada kisar dalam kuali. Masak ayam yang telah dipotong
--> masukkan puri tomato dan biarkan sos memekat
--> kalau malas nak buat sendiri sos boleh je belik puri tomato yang dah siap atau guna sos prego

C A R A -  C A R A ( P I Z Z A )
--> uli adunan tepung tadi sekali lagi untuk buang angin
--> bahagikan kepada dua dan bentukkan bulat dalam dulang
--> pastikan dulang disapu dengan mentega terlebih dahulu untuk mengelakkan ianya melekat
--> letak la sos yang dah siap tadi atas tepung dalam dulang
--> letak segala macam benda yang nak letak as topping
--> macam-macam boleh letak sebenarnya...ikut suka korang
--> bakar pada suhu 210 darjah selama 20-25 minit

--> SIAP!!~


don't forget to stop at BABY LILI DESIGN...

 


No comments: