31 October 2013

BAHAYA BAHAN PENCUCI PUNCA ANAK SAKIT


Hari ni saya share dengan ramai orang di luar sana untuk lebih prihatin tentang bahan-bahan pencuci yang kita gunakan. 

BAHAN PENCUCI PUNCA ANAK SAKIT?

Tahukan Anda ? 7 Fakta ini penting untuk ibubapa yang prihatin untuk kesihatan anak-anak tercinta :

1) Lebih 81,000 Bahan kimia telah didaftarkan ke EPA (Enviromental Protection Agency) sejak 30 tahun lepas dan hanya kurang daripada 20% di uji tahap ‘toxicity’ nya!

2) 218,316 kes keracunan disebabkan oleh pelbagai bahan pencuci dirumah. (2005)

3) 150 Bahan kimia yang ada di rumah berkait rapat dengan allergic, kecacatan bayi dalam kandungan, kanser dan masalah psikologi terutamanya di kalangan kanak-kanak. [Statistik Consumer Protection Agency, CPA]

4) Pencuci pinggan mangkuk mengandungi Formaldehyde dan Ammonia yang merbahaya yang boleh menyebabkan keracunan.
[ lebih dari 2.1 juta keracunan dilaporkan dikalangan kanak-kanak dibawah usia 6 tahun]

5) 50% masalah kesihatan disebabkan oleh kualiti udara yang rendah akibat pelbagai bahan kimia berbau di dalam persekitaran rumah [1989 State of Massachusetss Study]

6) Kajian tentang bahan-bahan ‘Personal care ‘ dan ‘Bahan-Bahan pencuci’ yang sering kita gunakan di rumah menunjukkan: 

884 adalah Toksik
146 menyebabkan kanser
218 menyebabkan kemandulan dan keguguran.
778 menyebabkan ‘Acute toxicity’
314 menyebabkan mutasi biologi
376 menyebabkan iritasi kulit dan allergic

6) 3 golongan yang sering menjadi mangsa toksik dirumah akibat sistem pertahanan diri yang rendah adalah :

- Bayi dan kanak-kanak
- Orang tua
- Pesakit kronik

7) Bahan pencuci dirumah terutamanya yang mempunyai bau meningkatkan risiko kanak-kanak mengidap Asthma mahupun masalah kulit seperti eczema.

Bahan-bahan toksik ini masuk kedalam badan melalui 3 cara:

Mulut (Termakan )
Pernafasan (Hidu)
Kulit (Penyerapan)


Perhatikan setiap apa yang kita beli untuk dibawa balik ke rumah - Pastikan ia tindak mengandungi 'nama-nama kimia alient' seperti :

Naphthalene
Kerosene
Formaldehyde
Phenol
Cresol
Lye
Hydrochloric Acid
Sulfuric Acid 
Petroleum Distillates
Benzene
Ammonia
Paradichlorobenzene
Sodium Hydroxide
Butyl Cellosolve
Phosphoric Acid.

Huh! Mencabar kan hidup sekarang? Diserang dari pelbagai aspek. Keselamatan patut dijaga kerana bahaya ada di mana-mana antara kita sedar atau pun tak. OK. nanti dalam entri baru saya akan kongsikan salah satu cara penyelesaian yang boleh kita buat dalam membendung dan mengatasi anak-anak kita dari jatuh sakit akibat bahan pencuci yang senantiasa ada di rumah.


No comments: