23 October 2013

KHASIAT BAWANG PUTIH

Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.



Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya.
1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
JADI pembaca semua, mari kita gunakan segala khasiat dan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga anda semua mendapat manfaat.

No comments: