28 October 2013

SAKIT PINGGANG & SENGGUGUT SEMASA PERIOD

Selalunya bila period mesti sakit pinggang. Rasa macam nak patah. Betul tak? Ditambah lagi kalau ada senggugut. Memang merana. Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. 


 Ada dua jenis sengugut yang dialami oleh wanita: 

Primary Dysmenorrhea
Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal . Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.

Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas melahirkan. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea.

Secondary (Symptomatic) Dysmenorrhea.
Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda kewujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simptom-simptom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat ke organ peranakan.

Jadi, jika anda kerap senggugut, sila pastikan ianya jenis pertama atau kedua.

Apakah punca senggugut? Kesakitan yang kita alami itu adalah  berpunca daripada pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dari rahim. Pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh juga disebabkan oleh masalah penyakit puan yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid. Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga  tidak mampu untuk melakukan kerja. Jika anda mengalami masalah senggugut yang serius, saya nasihatkan anda agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius, jika ada. Doktor akan melakukan pemeriksaa fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa keadaan rahim anda. Pemeriksaan ultrasound juga mungkin dilakukan bagi mendapat gambaran imej struktur rahim anda.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan  senggugut & sakit pinggang yang teruk semasa haid . Antaranya:

Melakukan senaman ringan. 
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang melakukan senaman ringan membantu melegakan bagi sakit senggugut yag kuat.

Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium. 
Makanan seimbang sememangnya penting bagi kesihatan kita. 

Minum air secukupnya
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

Tuam 
Tuam bahagian bawah perut menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam bagi mendapatkan kelegaan.

Ubat penahan sakit 
Akhir sekali, anda boleh mengambil ubat tahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.

Anda juga boleh mengambil Set Senggugut Shaklee bagi mengatasi masalah senggugut & sakit pinggang semasa haid. Dengan pengambilan yang berterusan, Insya Allah masalah senggugut anda akan hilang. set ini terdiri daripada GLA Complex , Ostematrix & B Complex.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat dengan Set Senggugut Shaklee atau dengan mana-mana Vitamin/Produk Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee dan menikmati segala ganjaran dan manfaat serta membeli dengan harga ahli bolehlah menghubungi saya di talian 019-9591210 (sms/whatsapp) atau boleh email di babylilidesign@yahoo.com untuk tempahan/pertanyaan dan maklumat mengenai kesihatan.


(✿◠‿◠) SID 913825
Anda tahu apa yang terbaik untuk anda~
Page : Ct Hamizah Official Distributor Shaklee
SMS/WhatsApp : 019-9591210

No comments: